INFO SEMASA

Percubaan

Apa yang perlu di fikirkan...

Assalammualaikum,

Sebelum pena ini di teruskan, saya memohon kemaafkan kerana kelewatan mengUPDATE blog ini di sebabkan perkara-perkara yang tidak dapat atau di sengaja dilewatkan. hihihih... Mengimbas kembali keadaan kudat pada masa ini, saya berasa takut dan terkejut bila ada 1 gelombang yang amat menakutkan dan mengerunkan telah melanda bumi kudat. Di bawah ini saya bagi contoh-contoh gambar yang sempat saya ambil ketika detik 12 malam, sambutan tahun baru 2010. Apa telah berlaku dengan belia-belia kudat??? Yang malangnya lagi, rata-rata yang hadir pada malam itu adalah orang ISLAM. Mana perginya ketegasan seorang ayah dan ibu untuk mendidik anaknya. Sudah hilangkan kesedaran warga kudat berapa pentingnya belia-belia ini pada masa akan datang.


Yang seterusnya lagi, peristiwa bunuh diri juga berlaku di kudat, boleh dikatakan 3 tahun berturut-turut berlaku. Sudah hilangkah harga diri kita sehingga sanggup mengadai nyawa kita atas alasan yang tidak munasabah. Tapi kita masi terlena lagi dalam arus budaya dan kepompong kita. Kita tidak terfikir pun tentang sahabat kita, jiran tetangga kita. Kita asyik menuding jari ke arah orang lain. Sedangkan kita adalah bersaudara.

Sekali lagi kudat telah dikejutkan tentang permohonan lesen penternakan babi di kudat. Itupun, kita masih terlena lagi. Kita berdiam diri lagi. Sedangkan kita tidak terfikirpun bahawa kudat ini dalam kedudukan teluk, sungai-sungai mengalir ke mana? Bukan mahu mengungkit sentiment agama tetapi ingin melontar kesannya terhadap kita. Tapi... kita masih berdiam diri atau kita "menunggu nanah baru kita ubati ". Kesensetifan kita dalam hal ini terlalu kurang dan merisaukan.

Segelentir anak-anak remaja kita telah hanyut oleh budaya barat. Itu pun kita masih bangga dengan adanya budaya-budaya ini di kudat. Masih membuat promosi untuk melahirkan bibit-bibit barat di kudat ini. Kita anjurkan untuk mereka, kita berikan anugerah untuk mereka, malah kita galakkan lagi mereka. Adakah kita sedar dalam menanyam kehidupan ini kita menghitung dosa pahala yang kita buat!! Jangan jadikan kita " tikut membaiki labu ", Kita harus sedar dalam kehidupan harian kita ini, kita dipertanggungjawabkan oleh Allah dalam urusan "hablul minnas" iaitu hubungan dengan manusia.

Ingatlah wahai orang-orang yang berfikir dan sedar. Pangat, harta, jawatan bukannya kelak untuk kita bahkan 1 tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Kita beri ruang sedikit untuk berfikir apa yang perlu kita simpan untuk bertemu dengan Allah di Padang Masyar nanti!! Bekalan kita dalam menjawap soalan-soalan mungkar dan nangkir. Saurada seislam kita di pelusuk kg perlu kita jengku, perlu dibantu bahkan kita perlu mengembirakan mereka, sebab inilah perjuangan para sahabat-sahabat nabi saw. Ingatlah pesan Nabi dalam khutbahnya yang terakhir disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deingan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil. Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku. Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W. “Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”. Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;
“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah,Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa juga pun”.

Wahai wargaku kudat, fikirkanlah untuk generasi masa depan kita. sebarkan kepada kawan-kawan, sahabat andai dan sesiapa sahaja bagi mengembalikan islam di bumi kudat ini. Waallahhualam.

Gotong Royong di Pasti Al-Furqan

Berbekalkan tukul, paku, berus dan parang. Sekurang-kurangnya Pasti Al-Furqan berwajah baru. Segala puji bagi Allah, Pasti Al-Furqan bermulanya seramai 8 orang pelajar, tidak sampai 5 tahun dah berkembang pesat sehingga pihak pengurusan Pasti mencari tempat baru untuk menampung pelajar yang ramai. Pada tahun ini lebih kurang 100 orang pelajar yang akan memulakan persekolahan di mana ada 3 kelas utama iaitu KELAS 4 TAHUN, KELAS 5 TAHUN & 6 TAHUN.

Tahniah kepada Pasti... Teruskan perjuangan melahirkan jundi-jundi islam di muka bumi kudat ini...

takbir..

Tahun 2010 buktinya..

Selepas solat isyak, saya dan rakan-rakan yang lain pergi minum di Restoran Terminal Tom Yam berhampiran dengan X-pland Sidik. Golongan yang datang pada malam tu kebanyakannya belia, yang menyedihkan lagi ialah belia-belia muslim. Pakaian beraneka ragam, persiapan untuk LiVe Band pun telah di atur di sebelah Hotel Borneo. Golongan belia ini yang mengisi ruang-ruang Live Band tu. Dari usia 10 tahun hinggalah 20-an. Pakaian golongan belia perempuannya amat-amat menyedihkan lagi. Budaya barat telah sampai ke kudat. Siapa yang perlu disalahkan? sambung...

Sahabatku..


Pada 26/12/2009 terlalu istemewa untuk diri sahabatku. Mengakhiri zaman bujangnya. Sahabat yang mana ketika senang dan susah bersama-sama. Terharu dan syukur ke hadrat Allah kerana jodohnya sudah sampai. Tinggal saya lagi... hihihihi... sabarlah..

PERANAN KITA
Zaman ini adalah zaman kebangkitan. Zaman di mana mujahid dan mujahidah muda dakwah muncul di merata tempat di seluruh pelusuk dunia memperjuangkan kalimah Allah SWT, meningkatkan kefahaman muslim tentang Islam yang hakiki serta menyebarkan Islam kepada mereka yang belum menerimanya.

Zaman ini adalah zaman di mana sistem dan produk Islam mula dicari, dikaji dan digunapakai di dalam masyarakat. Ribuan jutaan penulisan dihasilkan, samada semudah perkongsian pengalaman, curahan hati di blog, penyampaian semula nota kuliah atau tazkirah yang didengar, sehinggalah kepada penulisan idea-idea bernas dan bermutu untuk melonjakkan lagi kebangkitan ini. Amal-amal kebaikan juga sudah mula mengalir ke dalam masyarakat dan semakin mudah diterima.


Di celah-celah ribuan jutaan pemuda-pemuda yang berkerja ini, insyaAllah terselitlah nama kita selaku salah seorang pekerja. Walaupun bukan nama yang dicari, namun hakikatnya kerja-kerja ini membawa kepada nama kita dikenali, malah kita sendiri yang sebenarnya memerlukannya untuk terus maju ke hadapan.

Dakwah Nabi SAW tidak akan berkembang jika kaum kafir quraisy serta pemimpin-pemimpin di sekitar semenanjung tanah arab tidak mengenali baginda. Para sahabat yang jumlahnya ribuan itu juga nama mereka sehingga kini masih lagi disebut-sebut. Begitu juga para tabi’en dan generasi ulama’ seterusnya, penyambung kepada penyebaran risalah, nama-nama mereka sehingga kini masih lagi dikenali dan diulang-ulang.

Inilah satu fitrah dan ketetapan yang mulia. Generasi demi generasi yang menyambung usaha dawah, nama mereka dimuliakan dan diangkat darjatnya lebih tinggi di sisi Allah SWT, malah juga di sisi manusia. Dari setiap generasi pasti ada contoh tauladan yang boleh diikut dan dijadikan contoh. Walau mereka bukan maksum seperti Nabi SAW, pasti ada sedikit sebanyak iktibar, ilmu serta pengajaran yang boleh diambil.

Dalam ratusan ribu pekerja atau jundiyyah ini, kita perlu meyakini bahawa setiap individu mempunyai peranan dan kemampuannya yang tersendiri. Al-Quranul Karim menjelaskan bahawa manusia tidak semuanya berada pada peringkat yang sama, meskipun wujud persamaan dalam sifat manusia berdasarkan asal penciptaaanya. Beberapa contoh ayat menjelaskan tentang perbezaan ini yang disebabkan oleh perbezaan ilmu pengetahuan dan amal perbuatan manusia itu sendiri (*rujuk surah al-Hujurat: 13, az-Zumar: 9, an-Nisa’: 95, dan Fatir: 32).

Beruntunglah mereka yang menjadi pengasas usaha dakwah, membentuk pekerja-pekerja baru yang faham dan taat, serta merancang masa depan dakwah dengan tersusun. Berbahagialah mereka yang melepasi tahap kematangan dalam dakwah, tanpa segan silu tampil ke dalam masyarakat mengisytiharkan dakwah secara terang-terangan, memperkatakan kebenaran dengan penuh hikmah dan mengorbankan diri sebagai bukti keimanan dan kefahamannya terhadap tuntutan agama ini.

Bertuahlah mereka yang dahulunya leka dan alpa dengan kemewahan dunia, namun kemudiannya sedar dan berpaling, dan seterusnya tampil menjadi pembela dan penyumbang yang tidak pernah kikir dan berkira dengan habuan dunia. Berbahagia jugalah mereka tidak merasa hina dan lemah diri walaupun terpaksa berusaha keras melawan godaan dunia, malah tetap cekal dan tabah berada di atas jalan agama ini tanpa keluh kesah dengan dugaan dan ujian sementara yang menimpa.


Perbincangan ini membawa kepada persoalan tentang di mana letaknya kedudukan kita sekarang? Apakah amal yang terbaik perlu dilakukan pada waktu ini? Siapakah yang memainkan peranan yang lebih penting dalam barisan jundiyyah ini? Siapakah yang paling istimewa darjatnya dan tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT?

Imam Malik ketika menjawab sepucuk surat yang dihantar kepadanya menyeru supaya beliau beruzlah, meninggalkan orang ramai untuk beribadat, telah memberi jawapan yang cukup ringkas dan padat:
“Allah telah memberikan amal sebagai mana Dia membahagikan rezeki. Berapa ramai orang yang dikurniakan Allah untuk memperbanyakkan solat tetapi dia tidak memperbanyakkan puasa. Yang lain pula memperbanyakkan sedekah tetapi tidak memperbanyakkan puasa. Yang lain dikurniakan untuk berjihad dan menyebarkan ilmu yang merupakan sebaik-baik amal. Aku telah meredhai apa yang Allah kurniakan kepadaku. Aku tidak beranggapan apa yang kamu lakukan itu lebih baik daripada apa yang aku lakukan. Apa yang aku harapkan semoga kita semua berada di atas kebaikan.”

Perumpamaan kebaikan itu dibahagikan seumpama rezeki menjelaskan kita tentang perkara ini. Para nabi dan rasul telah mendapat bahagian yang paling baik, lengkap dalam setiap kelebihan. Manakala manusia yang lain hanya mewarisi sebahagian daripada kebaikan dan kelebihan yang Allah SWT kurniakan kepada mereka. Ada yang kelebihannya dari segi ilmu pengetahuan, sebahagian yang lain dari ibadah dan taqarrubnya kepada Allah, dan sebahagian yang lain memahami Islam secara keseluruhan dan melaksanakannya secara termampu dengan ilmu pengetahuan yang ada.

Mengetahui tentang hakikat ini sudah cukup untuk menjadikan kita semua saling tolong menolong dan nasihat menasihati untuk kesejahteraan ummah secara keseluruhan. Setiap kelebihan yang diberikan bukan untuk merasakan diri lebih hebat dari yang lain, atau merasakan amal diri lebih afdal dan itulah jalan yang sebenar, apatah lagi digunakan untuk menyerang orang lain yang tidak punya kelebihan yang sama. Dunia seluruhnya hari ini memerangi Islam dengan hebat dari segenap penjuru. Malang jika pendokong-pendokong Islam sibuk dengan masalah yang dicipta sendiri dan sibuk mempertikaikan mereka yang lain.
Hayatilah kata-kata Imam Malik, “Apa yang aku harapkan semoga kita semua berada di atas kebaikan.” Setiap dari kita punya peranan masing-masing dan tersendiri. Ada yang letaknya di barisan hadapan sebagai pimpinan, dan ada juga yang letaknya di barisan hadapan sebagai rujukan. Bukan semua sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Ali dan Uthman radiallahu’anhum yang memegang jawatan khalifah, dan bukan semua sahabat juga yang terkehadapan sebagai ulama tempat rujukan seperti Abdullah b Umar, Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud dan Ibnu Amru.

Bukan semua sahabat juga boleh menjadi pimpinan perang seperti Khalid al-Walid, Miqdad dan Usamah b Zaid. Ribuan sahabat lagi nama-nama mereka masyhur dalam perkara yang lain, dan tidak tertonjol dalam perkara-perkara yang telah disebut. Pintu-pintu kebaikan dalam Islam sangat luas dan pelbagai. Walaupun ada perbezaan dari segi martabat dan kelebihan masing-masing, Allah SWT telah menjanjikan keredhaan-Nya dan balasan yang terbaik untuk mereka yang berkerja dengan niat yang ikhlas serta punya nilai ketakwaan yang tinggi. Maka ayuh, berlumba-lumbalah melakukan kebaikan!
“Dan bagi setiap umat ada arah yang mereka menghadap kepadanya; maka berlumba-lumbalah kamu (melakukan) kebaikan.” [al-Baqarah: 148]

Selamat Datang Ke Blog saya